Apa gunanya kita memasuki syurga tanpa menerima sebarang ujian yang berat
semasa di dunia?
Apa hikmahnya Allah melarang kita melakukan sebarang kemaksiatan yang
mendatangkan mudarat dan kenikmatan yang palsu daripada setiap kelakuan maksiat
yang kita rasakan sungguh mengiurkan memenuhi nafsu kita?
Apa gunanya Allah menurunkan pelbagai dugaan dan musibah yang menyakitkan
semasa di dunia dan bersabar dengan segala kehendakNya?
Bukankah Allah mahu manusia berasa terpenjara di dunia yang sementara kerana
mahu hamba-hambaNya yang taat untuk merasai kenikmatan di syurga yang tidak
pernah tergambar pada pemikiran mereka?
Itulah nikmat yang sebenar....
Sangat indah bagi mereka yang mahu berfikir...
InsyaAllah...
Taatilah Allah, bersabar dalam mentaatiNya, carilah keredhaanNya, mudah-mudahan
kita semua bertemu semula di jannah.... ^_^
sumber : lukisan dakwah islam