Boleh buat maksiat tapi dengan SYARAT

Sebagai seorang hamba Allah, ketaatan kepada Tuhan yang menciptakan kita dan memberi pelbagai kenikmatankepada kita semua adalah dituntut... Kerana dunia adalah tempat persinggahan yang sementara, sedang Allah mahu membebaskan setiap hamba-hambaNya di akhirat kelak dengan mengekalkan kita semua di dalam syurga

Bulu mata memberi kesaksian di padang mahsyar

sehelai bulu mata memberi kesaksian di Padang Mahsyar hingga seorang hamba Allah masuk ke syurga. Semoga kisah ini akan jadi pedoman untuk kita semua. Insya-Allah. Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah..

Gambar dan Facebook

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kepada org lain.”...Yang dimaksudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.

Meraih Pahala dengan Facebook

Daripada Jabir bin Abdillah, Rasulullah S.A.W bersabda:"Mohonlah kepada Allah ilmu yang bermanfaat, dan berlindunglah dengan Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat"Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf, Abdun bin Humaid dalam al-Musnad, al-Fakihi dalam Fawaid Abi Muhammad al-Fakihi..

Kelebihan wuduk

Memeluk Islam Kerana Mengkaji WudhuProf Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar.

ingin hasilkan khat sendiri

Assalamualaikum..Alhamdulillah..akhirnya jumpa juga software yang dicari..tulisan khat secara digital...
ramai la yang bertanya ada tak software buat tulisan khat sendiri nie..so sekaang saya dah jumpa..

Tadaa..
Jangan risau..tak perlu pun nak beli CD ni..just image ja nie..heheh..ok ni saya bagi link download kat korang..download la yang mana berkenan..

1. KELK 2000 (untuk windows 98-Xp)
2. KELK 2010 (untuk windows 7 )

ok dah download cba buka dulu..klu dah bleh buka mesti pening2 sedikit nak mula macam mna kan??ok kat sini saya sdiakan link tutorial nak guna software ni...klik di sini..

ni hasil yang admin dapat lepas follow step by step tutorial..



SELAMAT MENCUBA...=)

Di Sini Bermulanya Zina



Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya.
zina hati
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi.